Selasa, 27 November 2012

not like thissss!!!

keluar pada dewan peperiksaan smua pelajar yg ambik aliran pure sains jadi sawan and aku salah sorg. 
haha :) besa la adat org peqak 1st time abis spm.

tgh jalan kat koridor, dgn sopan dan tertib nya aku cucuh mercun teloq.haha. ( time tu terasa diri tu jahat tp tapa la, bukan slluu ). ada la sorg mber aku yg sggop berkomplot dgn aku. kerja dia tlg cover tp blom sempat dia kata apa2 aku dh cucuh ( excited la katakan ). bunyi mmg bukan main kuat tp yang heran nya ada suara org menjerit. bunyi x serupa org terkejut. dalam hati ni dok ketaq dh. bukan apa, tkot kena anak org ja. mber2 sruh aku lari, haih. aku serba salah... tya pya tya, yg jerit tu pengetua. xkan aku baling kena pengetua kot. oke gak tu. hahaha ;) . tgk muka pengetua marah lain mcm ja hat aku pun jd x sng duduk. tapa la. pengetua aku ni keraih kepala skit. dia cari org yg cucuh mercun td spi jpk. 



haa, lebih kurg mcm ni lh muka pengetua tu time dia tya aku. muka campa g. muka aku? aku bt innocent ja. ahakahak.. dia kata kalau lps ni ada bunyi meletup lg even budak lain yg bt dia akan cari aku sbb dia nak aku jdi pengajaran kat budak lain. dia siap mtk alamat rmh dgn num tipun mak ayah. X kesah pun. hahaha

anyway spm dh abisss. ;)

Sabtu, 24 November 2012

TERKENA

certa dia mcm ni..

sprti kebiasaan aku on FB dan baca notice2 baru. time aku duk layan status2 , aku t'npk la profile si-minah ni. hampa tau kan yg kotak suggest friend kat tepi sblah kanan tu? haa, kat situ la profile minah tu aku npk. Disbabkan pic dia yg bertudung and br'bju blause tu sgt cun, dgn gentleman nya aku pun buka page dia. skali buka mmg sah cun pun. meletuppp wooo! kalut2 aku add friend. heee!

dh add friend tu aku buka la album dia. oke la, awai2 tu tgk pic pakai tudung and muka npk jernih ja. Skali aku scoll bawah ja tgk pic dia x pakai tudung. x pakai tudung kalau lg cun xpa, bole gak layan.hiuhiu.. tp skali muka mcm *** tah apa-apa. arggg, rasa spoil gila. aku scroll lagi tgk pic dia, lahh, budak skolah sndri rpa nya. terus dgn kalut nya aku p kat home page dia aku tekan kat friend request aku tekan cancel. fuhh. selamattt dia x apprve lg. hahaha.

Jumaat, 23 November 2012

BERSYUKUR




Bismillahirrahmanirrahim.....
Tercoret tinta ini memadahkan rahsia qalbu. Hati...tidak siapa tahu. Tidak siapa mengerti, disimpan juga tidak membawa makna. Kepada yang Haq ia berbicara. Melagukan bicara yang terkadang sumbang lakunya. Bicara pada manusia juga tidak mengurang resah.
HIDUP ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.
UJIAN...  Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!
CINTA... Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.
SABAR... Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.

REDHA... Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.
SYUKUR... Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya."Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.

Semoga beroleh kebahagian dalam mencari warna cinta Ilahi.

UHIBBUK FILLAH

huuuuuu. ( melepaskan nafas pelan2 ) ke'blur'ran sdg melandai aku. Blur nya aku bukan sbb xtaw nak taip apa, tp d'sbbkan xtaw nak mula dari mana.. Mana tak nya, last sekali blogging rasanya hujung tahun 2012 and sekarang hujung tahun 2013 ( lamaa tuu). haha ;) .....

oke la. decided nak cerita psl hari-hari spm aku ( Sijil Pelajaran Malaysia! bukan Sijil Padang Masyar. ) haha. 

seperti yang lain, hari spm aku bermula hari isnin bulan 11/2012 dgn subjek BM. aku ambk aliran sains tulen. Aliran sains tulen sebenarnya abis awal dari aliran2 lain, kira kami akan merdeka lebih awal lh. Hah, Ttba ja rasa excited  sbb spm aku tggal 2 hari ja lg. arggg x sabaq dh. hahaha. dh plan lps ja spm ni, pd hri yg sama p konvoi ke kuala perlis, lps 2 hari tembak p pinang. lps tu p hatnyai ( typo mayb ) lps tu nak p KL. lps balik KL nak pebaiki keta volkswagan milik ayah aku yg dh lama berkurung bawah rumah aku tu ( biasa lh rumah kpg lama2 ) and sebulan sblum ambk result nak msok tahfiz ( insyaallah, moga-mogahan Allah permudahkan urusan aku ). Amin Amin!!

Mesti tertya2 kan, apa lah kena mngena tajuk post aku ni dgn spm pla??  cerita pasal uhibbuk fillah ni terjadinya pada hari rabu and time tu tgh jawab paper 2 physic. Masa yg dperuntukan utk paper 2 physic ni 2 jam 30 minit. walaupun aku rasa masa tu tllu lama sbb aku x memerlukann pun masa spi 2jam stgh ni utk jwb paper 2 . dh 2 tahun aku jawab paper 2 ni masa yg tggl lagi sejam.so, masa yg tggal tu aku tidur ja lah. Tp 2 jam 30 kali ni bg aku terlalu berlainan. Pada awal mula menjawab tu seperti biasa lh.D'mula dgn baca surah yg disuruh oleh cikgu. Dh sejam berlalu, ttba aku terpikir psl kwn aku sorg ni yg bru aku sedar ttg sikap dia yg x mnyenangkan. Masalah nya sekarang otak aku x dpt berhenti fikir pasal dia sbb aku hampir sj b'gaduh dgn kwn aku sndri dgn dia jd batu api (x sangka la kwn s'kpg mcm tu). time tu aku rasa mcm otk aku dh nak jem walaupun aku x kesah pun psl dia tu. aku cuba tenang kan jiwa aku. Masa tu aku ternmpak sorg minah ni msok dri pintu dpn dewan ( rasanya bru balik dri toilet kot ). aku bt dunno ja lah. yg hairan bin x tersangka-sangka nya, minah td tu mai langgaq meja aku and time tu dia kalut duk ckap 'sori sori'. tapa la, no big deal. lps tu aku sambung balik jawab kertas aku, byak lagi yg tertinggal masa pla dh makin suntuk.

Aku bru sedar yg ada kertas belipat kemas ada ats meja aku. duk rasa ni mesti kja minah yg langgaq meja aku td. nasib baik pengawas x lalu sblah aku sejak dari td. Dlm hati berbelah bahagi nak buka ka dak sbb tkot kantoi dgn pengawas ja. huhu. Disbbkan curious sgt, aku bukak juga. mula mula aku terbca dia tulis ' gud luck for pyhsic' dlm hati duk kata physic ja ka? subjk2 lain dak ka? hahaha. lps tu aku kalih la belakang kertas tu nak kompem xdak apa2 dh yg ditulis, aku terbaca perkataan uhibbuk fillah. mula mula aku bt tataw ja sbb tataw pun mksud apa. lps keluar pada dewan tu aku tya mber aku yg dlu penah skolah agama and time tu bru aku tahu apa yg cba disampaikan minah td. first time org luah perasaan kat aku sesopan mcm tu. ( point kat sni bukan nak kata aku rmai pmnat ! cma disaat tu ja ) hiuhiu



UHIIBBUK FILLAH ( saya suka awak pada jalan ALLAH )