Isnin, 15 Julai 2013

Nothing and just about her

Assalamualaikum warrohmatullah hiwabarokatuh..

Fuh, alhamdulillah selesai bersahur dgn roommates di kampus, najmi ( selangor ), rahmat ( sabahan ) dan dua orang lagi yang tak mampu bangun walaupun sudah 2 orang kejut, mijan ( perak ) dan kawan si mijan yg datang tidur sini afiq (perak). Pasal apa aku mention nama diorang? Haaa, mai nak bgtau na. Aku mention nama si mamat mamat  ni sbb satu hari nanti kalau aku baca balik post ni aku dapat rewind balik sebanyak yang boleh  psl hari2 aku bru masuk KAMPUS!

Back to topic.

Aku sebenarnya ternampak schoolmates aku post gambar dia dgn awek yang aku mention dekat post lepas UHIBBUK FILLAH time tgh bersahur. Ni nak update psl dia lah ni.

Okay, dia ni spm dpt straight's A+! Totally a different level with me. Haha! Sekarang ni dia buat A level di intec course accounting untuk ke overseas.  Tatahu kat mana. Dan seingat aku dia ada bagi tahu nak jadi manager big boss dekat bank rasanya. Sentiasa mendoakan dia dapat yang dia nak. Amin! Dan alhamdulillah dia semakin hampir.

Note! Aku dgn dia hanya kawan biasa!

So, aku masih lagi di kampus uitm pulau pinang dan masih lagi merangkak utk berjaya dlm kos mechanical! Insyallah !

Quote,  hope is a dream of a waking man.

Isnin, 1 Julai 2013

INNI AKHAFULLAH

Aku jatuh dan jatuh tetapi aku tetap terus bangun tidak mengalah. Aku yakin Allah akan membantu aku. Tetapi itu dulu, dulu aku yang kusyuk beribadat, aku yang sentiasa berubah ke arah kebaikan.

Semuanya sudah berubah.

Sejak aku melangkah masuk universiti,  kehidupan aku berubah. Beban yang menyesakkan dada, kewangan yg semakin susut. Terasa diri aku semakin ditekan. Diri aku yang semakin jauh dari NYA, ibadat yang dilakukan tergesa-gesa, subuh samakin kerap terlepas. Dengan dosa aku ini masihkah Allah masih ingin membantu aku yang semakin lemah?

Aku sudah tidak percaya kekuatan diri ini.

Tiada daya dan kekuatan tanpamu Allah. Ya Allah, janganlah engkau mewakilkan diri aku kepada diri aku sendiri. Aku tidak mampu! Ya Allah, aku bebas disini, kau bantulah aku bendung nafsu ku. Aku tidak mahu berada jauh darimu, aku takut jika engkau melaknati aku seperti orang sebelum aku. Aku tidak sanggup berada dalam penyesalan tetapi masih dibelenggu dosa.

INNI AKHAFULLAH